Thursday, 24 November 2011

Takut nak fikir seribu kemungkinan!

Assalamualaikum! Bila fikir pasal masa depan kadang-kadang seronok.kadang-kadang takut.sementara nak tunggu result keluar macam-macam fikir.Kejap fikir positif kejap negatif.aarrgghh!serabut betul!Takut gagal dalam hidup.bila gagal mesti kecewakan perasaan mak and abah.Tak tension pulaka aku kan?Rasa macam nak simpan pisau bawah bantal,bila fikir macam-macam bunuh diri.Boleh tak?Hish!merepek apa aku ni,dah sah-sah dosa.Bila fikir satu-satu subject dah cornform boleh lulus sebab ada bantuan markah lain.Tapi bila fikir satu subject ni,rasa nak amik bantal ketuk kepala sendiri sebab fikir negatif!Kalau kita banyak baca,banyak tu lah kita dapat.Kalau sikit kita baca,sikit tu lah kita dapat.Aku tak boleh duduk diam.Kalau duduk diam nanti fikir benda yang dah lepas.Hah!sekarang ni pun aku tengah fikirlah ni.Bengang kan?!ha'a memang bengang!Kalau time nak tidur tu tiba-tiba terfikir memang tak boleh tidur.Rasa nak celup badan tu dengan telur lepas tu terguling-guling macam roti sardin yang tunggu nak masuk dalam kuali minyak panas!Bila dah cuci kepala otak ni , tiba-tiba terfikir pasal permohonan sekolah.di terima ke tak?tu lagi satu hal.Yang aku ni berharap sangat nak masuk asrama kenapa?!Tapi asrama ni tergantung juga dengan keputusan yang kita dapat.Kalau bagus,bagus InsyaAllah dapat.Kalau sederhana Bagus tu tutup telinga pejam mata je lah tunggu surat.Kalau tak bagus,datang je sekolah macam biasa.Dengan harapan keputusan bagus tak dapat A's pun dapat B's.ok tak?ok lh tu kemampuan aku...Kalau dapat lagi bagus tu dah kira bagus!Setiap kali solat pasti doa yang terbaik untuk diri sendiri.itu pasti.Kita dah berusaha sekarang hanya mampu berdoa dan berserah.bila dah dapat keputusan bersyukur banyak-banyak pada Allah.

Wednesday, 23 November 2011

Tolong Jaga Macam Mana Aku Jaga..

firstly,aku nak minta maaf.Tapi apa yang aku cakap ni memang sangat betul.Aku amat sangat malu satu petang ni.Aku bukan malu sebab apa,sebab keadaan 'orang-orang' yang datang rumah aku petang tu.Kalau diaorang tu nak datang,aku tak kisah sebab ada hal.Tapi tolonglah jaga perangai tu.kalau diaorang tu nak buat perangai yang tak elok dekat luar aku tak kisah dan tak pernah kisah.Tapi tolong jangan buat hal bila datang rumah aku,duduk depan rumah aku.Yes aku admit yg aku bukannya sesapa tapi diaorang tu tahu kan latar belakang aku macam mana?kalau diri diaorang tu bukan macam tu tapi tolong lah kalau datang rumah aku jadi hipokrit kejap.aku tahu perangai hipokrit tu tak elok.Tapi kalau ada kebaikannya tak salah kan?Aku terpaksa tebal muka bila tengok diaorang tu ada dekat depan rumah aku dalam keadaan yang sangat aku tak sangka.Dalam hati terdetik (macam ni ke diaorang ni sebenarnya).Rasa macam nak nangis bila terpaksa tebal muka and tiba-tiba aku teringat abah and mak!!!nak cakap tapi kawan sendiri.Teringat pesan adik aku jangan kawan dengan diaorang tu,just buat bisa je.kena buat untuk jaga maruah diri and keluarga...Ya Allah!ampunkanlah dosa hamba mu ini...Aku jaga baik-baik perangai aku walaupun tak sebaik mana pun,tapi hanya satu hari dalam masa dua jam semuanya hancur!.thanx sebab buat macam tu dan tak faham aku..mulut kata kawan baik' tapi tak kenal aku macam mana..menyesal!

Tuesday, 22 November 2011

Tetap sama macam dulu

Aku tetap yang sama lah.Tak ada yang berubah pun.kalau kau nampak berubah tu sebab dah lama tak jumpa.Tak ada apa yang nak dimarahkan tu semua perkara lama yang aku dah lupakan.Yes aku mengaku yang hubungan kita empat orang(nadia,aishah,aku and Ekin dan rengang sikit tapi tu bukan alasan untuk kita tak kawan.kita stay kawan walaupun tak rapat.Aku nak cakap tq sebab kau dah banyak tolong aku kalau aku kesusahan.Aku tak pernah dan tak akan lupa time kita gelak-gelak sekali dulu.aku kenal kau start umur darjah satu cuma time tu kita tak berapa rapat.kau anggap je macam biasa dan tak pernah berlaku antara kita,we are friends right?you like my sister to...!!!luv u and miss u..

Monday, 21 November 2011

'pelakon pembantu' selepas keluarga

ok kita cerita pasal Nur Aryna Izzni.kenal dia darjah 4.time tu satu kelas 4 bestari.tapi time tu tak rapat sebab dia budak 'panas'.start rapat betul2 tngkatan 2.Entah tak tahulah,aku ni bukannya senang nak rapat dengan orang tapi boleh rapat dengan Aryna sebegitu expressss nya.Kitaorang dalam kelas 2 dinamik duduk sebelah,apa yang dia buat dalam kelas mula-mula tak terpengaruh sangat.Tapi lama kelamaan jadi terikut-ikut.contohnya makan dalam kelas time math.Terasa bangga dapat makan dalam kelas walaupun tahu benda tu salah(typical budak remaja,suka bangga dengan benda yang tak elok).Satu lagi hobi dia,suka pergi toilet time aku tengah tak ada mood.tapi tak apalah ikut je...ade satu perangai dia yang aku pun tak tahu nak tafsirkan.perangai dia yang tu buat kitaorang suka berkawan..
Erm,,Syakira Hanif..nama dia terlalu pendek so letak nama ayah dia sekali baru nampak nama tu panjang.Syakira seorang yang selamba redah dia je.Perangai syakira sama macam abah aku.tapi bab duit je lah...Kitaorang kenal dari form 1.satu kelas 1 gemilang.Tapi time tu tak berapa kenal sebab dia sekolah rendah lain.Syakira ni seorang yang sensitif.Jarang tngok dia marah.kalau dia marah mesti terbalik otak orang yang kena marah tu.Time form 2 satu kelas lagi 2 dinamik.Time tu tak berapa sangat.lepas kawad kaki baru start rapat dengan aryna, syakira.kalau dia nampak atau dengar sesuatu yang dia tak suka nanti dia jerit lepas tu pautlah sesapa yang ada dekat dia.salah seorangnya aku yang dah biasa kena.
Maira.dia pindah aku tak tahu pun.tapi tak pe lah.Maira,dia seorang yang aku suka kawan.Tapi aku tak rapat dengan dia mcm mana aku rapat dengan aryna and syakira.Rapat tak rapat pun mak and akak aku kenl dia.Aku tahu maira boleh jaga diri dia dekat sana.nanti datanglah sini kalau ada masa boleh buat cake sekali..sorry aryna copy paste dr kau..hihi
Ekin,aku dah anggap dia mcm adik beradik.kenal dia darjah satu.kelas 1 kenanga.family aku dah kenal family dia,family dia dah kenal family aku.kalau aku ada problem pasal mana2 subject terutama math dia akan ajar aku..seronok dapat belajar math and kita faham.dan aku tahu akulah students yang paling baik.aku akan cerita prob aku dekat dia,walaupun tak semua.Iman i miss u like crazy!meh lah datang rumah boleh makan rotitelur lagi...hihi..
Noraisyah Yusrina Yusri Amer..aq tak tahu ejaan nama bapak dia betul ke tak.tapi dah biasa kena tegur pun tapi tak nak ubah-ubah.Aku suka nama dia.maybe tak pernah dengar kut.kenal echa ni sebab dia duduk sebelah ekin dalam kelas time form 1.mula-mula mcm nak kawan biasa je.tapi entah macam mana boleh kawan rapat.
nama dia ni pun aku suka.Nurul Aiman Nadia.aku ingat nama abang aku je Aiman rupa-rupanya kawan aku pun ada.Dia ni aku tak tahu kenal dia dari mana.hahah..gurau je.kenal dia dari sekolah rendah.start rapat sebab dia player bola tampar and aku pulak player baru.so bila pergi latihan aku pergi dengan dia.and buat pertama kalinya aku pergi sekolah naik basikal,bangga gila.masa form 1 kitaorg ade gaduh.tapi tak tau gaduh pasl apa.yang sorang ego yang sorang takut nak cakap.tapi dengan tak sengaja kita terpandang sesama sendiri dgn spontan nadia minta maaf dan dgn mudahnya aku pun maafkan.macam kena pukau..kelakarkan..tapi lupakan je lah benda dah lepas.
hanum.sorry no picture.dia seorang yg tak suka ambil gambar,so aku pun x da gambar dia.aku kenal dia tahun ni sebab satu kelas.3 gemilang.masa tengah bulan dulu kitaorang selalu study sekali kat rumah aku.tapi bila dah nak dekat jarang,sebab masing-masing sibuk dengan study.
kawan-kawan aku semua chumel2 n cantik2..tapi bukan sebab tu aku kawan dengan diaorang sebab hati diaorang...kalau korang tak suka kawa-kawan aku,aku tak pernah kisah sebab diaorang kawan-kawan aku.

Thanks to..

Nur Aryna Izzni yang banyak support buat page ni.Dia yang banyak mengajar,banyak tak banyak pun adalah separuh jalan.nanti cerita pasal dia dekat post lain ok***



tq dekat abang 'kesayangan' aku yang sorang ni yang tolong habiskan kerja Aryna yang separuh jalan.walaupun kau gelakkan aku sebab ada blog and bagi nama 'budak bloggerrr'.tunggu je lah apa aku nak buat dengan page ni...